DBKL executive director faces 18 corruption charges

Source: The Malay Mail Online

KUALA LUMPUR, Sept 9 — Kuala Lumpur City Council’s (DBKL) project management executive director was slapped today with 18 corruption charges including accepting bribes and assets estimated at RM4.4 million.

Datuk Seri Syed Afendy Syed Abid Ali, 54, was charged at the KL Special Court for Corruption earlier today.

He was charged with one count under Section 17(a) of the Malaysian Anti Corruption Commission Act (ASPRM) 2009, eight more under Section 165 of the Penal Code and nine others under Section 4(1) of the Money Laundering and Anti Terrorism Financing Act (AMLAFTA) 2001.

MORE TO COME

 

Pengarah eksekutif DBKL berdepan 18 tuduhan rasuah, ubah wang haram RM4.4j
Sumber: The Malay Mail Online

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Seri Syed Afendy Ali Syed Abid Ali didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas sembilan pertuduhan rasuah dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM4.4 juta.

Bagaimanapun, Syed Afendy Ali, 54, yang memakai sut lengkap, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 18 pertuduhan itu di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu Timbalan Pengarah Jabatan Kewangan (Ketua Bahagian Pembangunan dan Penswastaan) DBKL, didakwa secara rasuah memperoleh suapan seorang individu, Rodziah Abd Samad, 54, iaitu satu unit lot kedai tiga tingkat di alamat 11, 11-1 & 11-2, Pusat Perdagangan Danau Lumayan, Jalan Danau Lumayan, Bandar Tun Razak di sini bernilai RM930,000 daripada syarikat Danau Lumayan Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh iaitu mengesahkan semakan tuntutan bayaran kemajuan oleh syarikat Danau Lumayan berkaitan projek usaha sama dengan DBKL.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Bahagian (Pembangunan dan Penswastaan) Jabatan Kewangan DBKL, di sini, pada 2 Mac 2009 mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga kesembilan, Syed Afendy Ali, yang ketika itu seorang Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan (JPEPP) DBKL, didakwa menerima benda berharga empat individu dengan tiada balasan iaitu lapan unit kondominium di Suasana Lumayan Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, yang masing-masing bernilai RM249,990 daripada syarikat Danau Lumayan.

Lapan kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh dalam meluluskan tuntutan bayaran kemajuan oleh syarikat Danau Lumayan berkaitan projek usaha sama dengan DBKL.

Tertuduh dituduh melakukan lapan kesalahan itu di Pejabat Pengarah JPEPP DBKL, di sini, di antara 6 Sept 2013 dan 16 okt 2014 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua sembilan pertuduhan rasuah itu berjumlah RM2.9juta.

Syed Afendy Ali turut menghadapi sembilan pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 (Akta 613) melibatkan RM1.5 juta.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa menerima wang berjumlah RM1,650,000 melalui enam keping cek yang dimasukkan ke dalam akaun milik Tetuan Wong-Choi & Mohd Nor dan akaun miliknya bersama Rodziah iaitu hasil daripada aktiviti haram di CIMB Bank Berhad, Taman Mutiara Cheras dan Maybank Cawangan Raja Laut, di sini di antara 27 Mac 2012 dan 6 Dis 2012.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, Syed Afendy Ali didakwa menggunakan wang sebanyak RM582,500 melalui tiga keping cek milik Tetuan Wong-Choi & Mohd Nor yang merupakan hasil daripada aktiviti haram bagi tujuan pembayaran pembelian tiga unit kondominium Astana Lumayan, Bandar Sri Permasisuri di CIMB Bank Berhad, Taman Mutiara Cheras di sini pada 14 Mac 2013.

Bagi pertuduhan ketujuh hingga kesembilan, dia didakwa menggunakan wang sebanyak RM767,500 melalui tiga keping cek milik Tetuan Wong-Choi & Mohd Nor iaitu hasil aktiviti haram bagi tujuan pembayaran komisyen kepada Goh Wai Shim, pembelian lot kedai dan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di tempat sama di antara 4 Feb dan 14 Mac 2013.

Bagi sembilan pertuduhan itu, Syed Afendy Ali dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) AMLATFA 2001 yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aida Adhha Abu Bakar menawarkan wang jaminan RM1.5 juta bagi pertuduhan rasuah dan RM500,000 bagi AMLATFA dengan seorang penjamin.

Peguam M. Athimulan yang mewakili Syed Afendy Ali merayu supaya jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh tidak mampu mengumpul wang jaminan itu kerana akaun tertuduh dan keluarganya telah dibekukan selain sentiasa memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan.

Hakim Allaudeen membenarkan Syed Afendy Ali diikat jamin RM1 juta bagi kesemua pertuduhan itu dengan seorang penjamin serta memerintahnya menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Syed Afendy Ali kemudian merayu kepada Allaudeen supaya wang jaminan itu dikurangkan lagi kerana RM1 juta adalah terlalu besar buatnya.

“Saya bertugas sebagai penjawat awam selama 30 tahun, saya tidak mungkin melarikan diri. Saya pun tiada apa lagi, geran tanah pun tiada, saya anak tunggal…sejak ditangkap, saya turut kehilangan rakan-rakan terdekat.

“Dua anak saya masih belajar, seorang akan menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia dan seorang lagi pelajar tahun pertama di sebuah universiti tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) namun, tajaan itu pun dibekukan,” katanya.

Selepas mempertimbang rayuan tertuduh, Allaudeen menjelaskan bahawa kesalahannya merupakan jenayah serius melibatkan kepentingan awam yang tidak boleh diikat jamin.

Beliau mengekalkan jumlah jaminan RM1 juta itu tetapi mengarahkan Syed Affendy Ali membayar RM400,000 hari ini manakala selebihnya perlu dijelaskan sebelum Rabu depan (14 Sept) dan menetapkan 13 Okt untuk sebutan semula kes. — Bernama


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *