Peguam Negara beri jaminan pindaan OSA tidak sekat wartawan

Sumber: The Malaysian Outsider

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi jaminan hari ini pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 tidak akan digunakan untuk menyekat wartawan daripada menyampaikan berita kepada orang ramai.

Apandi menegaskan wartawan tidak akan disekat daripada membuat sebarang laporan tetapi mesti berasaskan fakta yang sahih dan mengikut etika kewartawanan.

“Saya juga ingin menjelaskan, tidak menyekat kebebasan wartawan menulis laporan mengikut fakta yang sahih serta etika kewartawanan.

“Sehubungan itu, semua wartawan tidak perlu bimbang mengenai cadangan pindaan ini kerana ia tidak menjejaskan profesion wartawan dalam menyampaikan maklumat kepada kerajaan dan rakyat,” katanya.

Beliau dipetik berkata demikian dalam satu kenyataan dikeluarkan Exco Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) hari ini.

NUJM hari ini mengadakan pertemuan dengan Apandi di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menggesa supaya wartawan dilindungi dalam menulis laporan tanpa rasa takut dan bimbang dikenakan tindakan OSA.

Pertemuan tersebut diadakan susulan laporan akhbar bahasa Cina bulan lalu yang mengatakan Apandi sedang menimbang meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia negara dan yang melaporkan berita tentang rahsia itu.

Apandi juga berkata, pindaan tersebut masih lagi di peringkat cadangan dan terpulang kepada kerajaan untuk menimbangnya atau sebaliknya.

“Semua orang boleh beri pandangan termasuk saya tetapi pandangan itu terserahlah kepada kerajaan sama ada untuk terima atau tidak.

“Jabatan kami tidak membuat sebarang polisi,” katanya.

Apandi juga dilaporkan berkata, ada kemungkinan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan sepuluh kali dikenakan, malah pengamal media yang enggan mendedahkan sumber maklumat juga berdepan risiko sama. – 2 Mac, 2016.

 


 

Heavier punishments under secrets act not aimed at media, A-G tells journalists union
Source: The Malaysian Outsider

Proposed amendments to enhance penalties under the Official Secrets Act (OSA) 1972 are not aimed at journalists, Attorney-General (A-G) Tan Sri Mohamed Apandi Ali told the National Union of Journalists (NUJ) today.

NUJ’s executive committee, which met the A-G at his office in Putrajaya today, said Apandi told them that the proposed amendments were aimed at whistleblowers who leaked government secrets that could threaten the country’s security and stability.

He said journalists would be free to do their work as long as they operated according to their professional code of ethics and reported “verified facts”, NUJ’s exco quoted Apandi saying in a press statement this evening after their meeting.

“I also wish to explain that there will be no curbing of journalists’ freedom to report verified facts in accordance with their professional code of ethics.

“As such, no journalist should worry about the proposed amendments because they will not threaten journalists in disseminating information to the government and the people,” Apandi had told the exco members.

The NUJ exco also submitted memorandum to the A-G during the one-hour meeting today.

Among various points, the memorandum urged the A-G not to interfere with the duties of journalists, including the obligation to protect sources.

It also said the A-G had no purview to interfere or obstruct journalists from carrying out their duties as his role was to oversee legal matters and not professional conduct.

Earlier this month, Apandi told Sin Chew Daily in an interview that he was considering life imprisonment and 10 strokes of the cane as stiffer penalties under the Act and said these could be extended to journalists who insisted on protecting their sources.

The government in November last year announced in the Dewan Rakyat that it was planning to amend the OSA.

Apandi’s proposal was criticised by press freedom and media activists.

The NUJ exco today said Apandi reminded them during their visit that journalists should ensure they knew the source of the information they reported on and whether it was classified under the OSA. – March 2, 2016.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *