Panel Penasihat Operasi mahu SPRM teruskan siasat derma RM2.6 bilion

Sumber: The Malaysian Insider

The Malaysian Insider filepic, August 4, 2015.
The Malaysian Insider filepic, August 4, 2015.

Panel Penasihat Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu meneruskan siasatan mereka berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Agensi itu juga diseru memohon bantuan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan bantuan guaman bersama (MLA) bagi membolehkan SPRM untuk mendapatkan bukti dan dokumen yang diperlukan daripada institusi kewangan.

“Memandangkan siasatan SPRM terhadap dakwaan derma RM2.6 bilion masih belum selesai, panel mencadangkan SPRM meneruskan siasatannya dan mendapatkan bantuan peguam negara untuk mengeluarkan bantuan guaman bersama (MLA), bagi membolehkan SPRM mengambil bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara sebagai sebahagian daripada siasatan dana RM2.6 bilion,” kata SPRM, dalam satu kenyataan hari ini.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini menggesa SPRM menghentikan siasatan mereka berhubung isu tersebut.

“Panel penilaian operasi juga menasihati SPRM dalam kes membabitkan SRC International dan dana RM2.6 bilion,” kata kenyataan tersebut.

PPO yang bermesyuarat pagi tadi juga bersetuju agar agensi penguatkuasaan anti rasuah itu menyerahkan kembali kertas siasatan mereka berkaitan SRC International kepada peguam negara untuk semakan semula.

Apandi sebelum ini dalam satu sidang media berkata “tidak terdapat bukti yang cukup” untuk mengaitkan Najib daripada sebarang kesalahan.

Keputusan itu dibuat selepas penyiasatan hampir 6 bulan kes derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn Bhd dijalankan.

“Berdasarkan fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berkait dengan 3 kertas penyiasatan.

“Dengan ini saya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kertas siasatan tersebut,” kata Apandi.

Tiga kertas berkenaan adalah derma RM2.6 bilion dan 2 lagi berkaitan SRC International yang mengambil pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (Diperbadankan) atau KWAP.

Susulan keputusan itu, SPRM dalam kenyataannya berkata agensi itu  menyemak semula keputusan peguam negara menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

PPO merupakan satu badan bebas dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009.

Menurut SPRM, tindakan membawa kes ini kepada PPO untuk mendapatkan pandangan berhubung tindakan kes yang diputuskan pendakwa raya untuk tidak dituduh.

PPO dianggotai Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Lim Chee Wee. – 24 Februari, 2016.

 

Artikel Berkenaan

 

 


Keep investigating RM2.6 billion, MACC told
Source: The Malaysian Insider

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) was today advised to make public statements on their investigations into SRC International Sdn Bhd and the RM2.6 billion that was channelled into the prime minister’s personal accounts.

The advice, from MACC’s Operations Review Panel, included continuing with investigations into the RM2.6 billion “donation” despite an earlier order by Attorney-General Tan Sri Mohamed Apandi Ali to the anti-graft commission to close the investigation.

In a statement released by MACC this afternoon, the panel also said investigators should seek Apandi’s assistance in issuing a mutual legal assistance to enable MACC to obtain evidence and documents from financial institutions based overseas.

Apandi on January 26 said there was insufficient evidence to charge Datuk Seri Najib Razak over the RM2.6 billion donation and SRC International, a Finance Ministry-owned firm which was reportedly the company from which part of the donation had originated before it flowed through other companies and ended up in Najib’s personal bank accounts.

Apandi also said there was no evidence that Najib, as finance minister, abused his power in that capacity in relation to a loan taken by SRC International from pensions fund KWAP.

The attorney-general had also explained that since there was insufficient evidence, there was no need to proceed with a request for mutual legal assistance from overseas financial authorities and banks for the MACC’s unfinished probe into the RM2.6 billion.

MACC had recorded statements from more than 100 witnesses, including Najib, over the donation.

The agency opened investigations following reports in The Wall Street Journal (WSJ) and Sarawak Report in July last year alleging that of the RM2.6 billion donation, RM42 million had originated from SRC International, a subsidiary of Najib’s brainchild, 1Malaysia Development Berhad.

This was according to documents on the money trail provided by Malaysian investigators, WSJ and Sarawak Report said.

A larger tranche of US$681 million was also transferred into Najib’s accounts, originating from a British Virgin Islands company and going through Falcon Private Bank in Singapore.

Apandi said most of the donation, or US$620 million, was returned by Najib to the Saudi donor as it was not utilised. – February 24, 2016.

 

Related Article

 


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *