Hishamuddin Rais dijatuhi hukuman penjara 9 bulan

Sumber: The Malaysian Insider

Hishamuddin Rais dibenarkan mahkamah menangguhkan hukuman penjaranya sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan dengan jaminan sebanyak RM6,000. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Januari, 2016.

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 9 bulan ke atas aktivis Hishamuddin Rais kerana menghasut selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi memberatkan hukuman.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dengan ikat jamin RM6,000.

Mahkamah Sesyen pada Januari tahun lepas menjatuhkan hukuman kepada Hishamuddin denda RM5,000 selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pihak pembelaan membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman tetapi pihak pendakwaan juga mahu hukuman lebih berat.

Peguam Syahredzan Johan berkata mahkamah juga menolak rayuan anak guamnya dan mengetepikan hukuman dikenakan Mahkamah Sesyen.

Hishamuddin, 64, didakwa mengikut Akta Hasutan atas kenyataan yang dibuatnya pada 13 Mei 2013 di forum awam di mana beliau bercakap tentang menggulingkan kerajaan Malaysia.

Beliau dituduh menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada 5 Mei tahun itu, yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional kembali berkuasa dengan majoriti berkurangan.

Nordin berkata, ucapan Hishamuddin menggesa perhimpunan jalanan untuk menolak keputusan PRU13 adalah jenayah “sangat serius”.

Jumlah RM5,000 adalah denda maksimum di bawah Akta Hasutan walaupun ia juga memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun atau kedua-duanya. – 15 Januari, 2016.

MENYUSUL LAGI

 

Pautan Artikel-artikel Bahasa Inggeris


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *