Mahkamah tolak percubaan kumpulan Melayu hentikan TPPA

Sumber: The Malaysian Insider

Tindakan 3 NGO memfailkan semakan kehakiman pada November lepas tidak dapat diadili kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar dan membuat keputusan mengenai TPPA yang masih belum ditandatangani. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Januari, 2016.
Tindakan 3 NGO memfailkan semakan kehakiman pada November lepas tidak dapat diadili kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar dan membuat keputusan mengenai TPPA yang masih belum ditandatangani. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Januari, 2016.

Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu gagal dalam cubaan mereka untuk menghentikan kerajaan Malaysia daripada menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan tanpa mendengar merit kes mereka.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) dan Persatuan Teras Pendidikan dan Kebajikan Malaysia (Teras) memfailkan semakan kehakiman pada November lepas.

“Perjanjian itu belum ditandatangani lagi dan perkara itu tidak boleh diadili,” kata Hakim Hanipah Farikullah dalam ketetapan itu dibuat dalam kamar mahkamah.

Tidak boleh diadili bermakna mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membuat keputusan mengenai perkara itu.

Mahkamah tidak menyatakan kos (yang perlu dibayar) kepada kerajaan kerana ia adalah isu kepentingan awam.

Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla yang mewakili ketiga-tiga pemohon berkata, beliau akan mendapatkan arahan sama ada untuk merayu keputusan itu. – 12 Januari, 2016.

MENYUSUL LAGI

 

Pautan Artikel Bahasa Inggeris


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *