Rumah untuk mangsa banjir Kampung Telekong dijangka siap akhir Januari

Sumber: The Malaysian Insider

Rumah kekal baharu untuk mangsa banjir yang dibina di Kampung Telekong, Kuala Krai dijangka dapat diduduki hujung bulan ini, kata Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Januari, 2016.
Rumah kekal baharu untuk mangsa banjir yang dibina di Kampung Telekong, Kuala Krai dijangka dapat diduduki hujung bulan ini, kata Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Januari, 2016.

Sebanyak 60 rumah kekal baharu (RKB) untuk mangsa banjir yang dibina di Kampung Telekong, Kuala Krai dijangka dapat diduduki hujung bulan ini, kata Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata rumah berkenaan yang dibina dengan peruntukan sebanyak RM10 juta daripada Lembaga Zakat Selangor di tanah seluas 4 hektar itu kini siap 80%.

“Kita sedang menyiapkan infrastruktur terutama jalan di kawasan perumahan berkenaan yang turut mempunyai sebuah masjid, sebuah dewan serbaguna serta 6 rumah kedai.

“Selain itu, rumah berkenaan akan dilengkapi dengan perabot seperti katil, tilam dan kerusi,” katanya selepas meninjau pembinaan rumah kekal baharu di Kampung Telekong hari ini.

Hadir sama penyelaras pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ground Zero Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Beliau berkata fasa ke-2 pula melibatkan pembinaan 92 RKB di tanah seluas 4 hektar di kawasan berkenaan dan ia sedang dibincangkan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada Jun tahun lepas berkata kerajaan Persekutuan, kerajaan Kelantan, Lembaga Zakat Selangor, Ground Zero dan Yayasan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalin kerjasama unik membina rumah kekal baharu kepada mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal dalam bencana 2014 itu. – Bernama, 2 Januari, 2016.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *